Sunday, August 30, 2015

Rawatan Resdung

Post kali nie Sya nak kongsi pasal resdung..Sya ada resdung tapi pada tahap biasa lagi..Mak Sya selalu bising-bising sebab Sya selalu bersin..Bersin tu pulak bukannya sekali dua tapi berkali-kali..

So sebelum balik Puncak Alam, mak ajak pergi buang resdung kat Alor Setar sana..Sya pergi bertiga dengan mak ayah..Masuk ja pusat rawatan tu mak pon nak buat jugak..haha

Sya buat rawatan resdung nie kat Pusat Rawatan Al-Munawarah yang terletak kat Shahab Perdana..Betul-betul depan stesen bas dan parking tu..Senang ja cari  tak susah pon..


Rawatan resdung yang Sya buat nie murah ja hanya RM28 seorang..Rawatan nie jenis yang wap herba dan cucian rongga..Ada 5 kaedah yang perlu kita buat..

Kaedah 1: Wap Herba yang bertujuan untuk membuka liang-liang roma dan mematikan kuman di muka.
Kaedah 2: Limau Muka yang bertujuan untuk melegakan gatal-gatal di muka dan menanggalkan sel-sel mati dan daki pada kulit muka.
Kaedah 3: Titis Resdung bertujuan untuk mencuci rongga hidung yang dijangkiti kuman dan bakteria akibat pencemaran udara dan makanan.
Kaedah 4: Wap Aroma bertujuan untuk memberi kelegaan dan rasa lapang pada rongga hidung.
Kaedah 5: Bedak bertujuan untuk menyerikan muka selepas rawatan resdung.

Lepas Sya buat rawatan resdung nie memang terasa sangat selesa..Hidung pun rasa ringan ja..Sya cadangkan boleh la follow up lagi kalau ada sisa-sisa resdung..

Tapi resdung tu kalau boleh jangan dibiarkan sebab nanti membawa kepada kemudaran contohnya macam pendengaran kurang jelas, gatal muka, kanser hidung dan lain-lain lagi..

Kat pusat rawatan nie ada juga menyediakan beberapa rawatan lain macam mandi wap herba, jualan produk kesihatan, bekam, lulur, mandi bunga, pembetulan tulang dan lain-lain..


No comments:

Post a Comment

Fendi VS Destinasi TV

 Assalamualaikum wbt kpd semua. Alhamdulillah hari nie 19 Julai 2023 bersamaan dgn 1 Muharram 1445H bermulalah permulaan baru tahun Hijrah. ...