Tiap-tiap kali nak masak mesti fikir nak masak apa..pabila itu terjadi runsing hoiii memikirnya..haha
2 3 hari kebelakangan nie selalu tengok ayah tak ada selera nak makan..so fikir menu yang paling ringkas ja iaitu nasi ayam..
Nasi ayam yang Sya buat nie memang berbau 1 rumah, dari dapur sampai ke depan pintu rumah.hehe
Ayah makan bertambah-tambah..selera betul tengok ayah, mak dan adik-adik makan..sampaikan bibik pun asik bertanyakan resepi..haha
Nak diikutkan banyak resepi nasi ayam kat internet nie..Tapi aku share kan lah jugak resepi nasi ayam nie..
Nasi Ayam
(4 - 5 orang makan)
Bahan-Bahan:
4 cawan beras - basuh dan toskan air
1 ekor ayam
5 cawan stock rebusan ayam - direbus bersama 5 ulas bawang putih dan 4 inci halia
2 batang serai
2 helai daun pandan
2 sudu besar minyak sapi/mentega
Garam, gula secukup rasa
Bahan Tumis:
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 inci halia
3 biji bunga lawang
4 biji buah pelaga
5 biji cengkih
2 inci kulit kayu manis
Bahan Blend:
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
1 inci halia
Hirisan timun, tomato dan salad
Cara memasak:
1. Panaskan minyak sapi/mentega dan tumis bahan tumis sampai naik bau.
2. Kemudian masukkan bahan blend. Biar sekejap dan masukkan serai dan daun pandan.
3. Masukkan beras dan gaul perlahan sampai rata.
4. Kemudian masukkan stock rebusan ayam. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
5. Biar sampai masak.
Sos Cili:
5 tangkai cili merah
4 ulas bawang putih
Garam
Gula
Cuka-optional
1. Kisar cili dan bawang putih.
2. Perasakan dengan garam, gula dan cuka. Masak seketika.
Sos cili style aku nie tak gunakan cuka tapi digantikkan dengan menambah 4 sudu besar sos cili thai. Nasihat Sya tak perlu gunakan cuka tapi gantikan dengan cuka apple atau pon perahan limau nipis.
Kicap:
1 cawan air rebusan ayam
Kicap manis dan kicap cair secukupnya
1. Campur ketiga bahan tersebut dan biar secukup rasa.
Sup:
Dari rebusan ayam tadi, perasakan dengan garam dan gula. Boleh tambah sup bunjut, kuib pati ayam dan kentang jika suka. Masukkan 3 tangkai daun sup dan beberapa biji lada hitam. Kalau ikut sup style Sya lebih suka masukkan kentang dan tak gunakan kuib pati ayam. sebab adik dan ayah suka meratah kentang dan aku tak gemarkan msg sgt.
Ayam:
Ayam yang direbus tadi, diangkat dan tos. Kemudian diperap sekejap dengan 3 sudu besar sos tiram, 3 sudu besar, kicap manis, 3 sudu besar kicap cair dan 3 sudu besar madu. Perap dalam 30 minit dan goreng sekejap.. Goreng sekejap ja sebab ayam tadi tu dah masak. Lagi pun untuk elakkan dari isi ayam tadi keras.
Akhir sekali, nasi tadi boleh la dihidangkan bersama timun, tomato dan salad. Selesai..Selamat mencuba yaaaa..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Fendi VS Destinasi TV
Assalamualaikum wbt kpd semua. Alhamdulillah hari nie 19 Julai 2023 bersamaan dgn 1 Muharram 1445H bermulalah permulaan baru tahun Hijrah. ...
-
Hai semua.. Untuk makluman pas sempadan nie hanya boleh pakai di kawasan tertentu ja tau..Kawasan yang di tetapkan meliputi 5 wilayah i...
-
Assalamualaikum w.b.t.. Lama gila tak update blog ehhh..dah berbulan lamanya..sepi berlagu pilu bhaiii tak update blog..hahaha Meman...
-
Chicken chop nie adalah salah satu makanan kegemaran semua orang dan sangat popular.. Semua kedai yang jual western food mesti akan ada menu...
No comments:
Post a Comment