Monday, August 31, 2015

Buat Pas Sempadan Malaysia-Thailand Baru

Hai semua..

Untuk makluman pas sempadan nie hanya boleh pakai di kawasan tertentu ja tau..Kawasan yang di tetapkan meliputi 5 wilayah iaitu Yala, Satun, Narathiwat, Songkla dan Pattani..Tempoh sah laku pas nie pon dipanjangkan ke setahun berbanding 6 bulan sebelum nie..pas nie hanya untuk penduduk Perlis, Kedah, Perak (bahagian Hulu Perak ja) dan Kelatan.

Nak buat border pass atau senang kata pas sempadan, senang ja nak buat pas nie..kalau ada gambar pasport latar putih dah tak susah dah..kalau setahun setengah yang lepas, nak buat border pass boleh guna gambar pasport latar belakang biru..

Tapi sekarang nie dah tak boleh..nak tak nak kena la keluarkan duit untuk tangkap gambar pasport latar belakang putih.. Nak tangkap gambar pasport yang baru Sya ke kedai kat tengah pekan Kangar sebelah kedai Rex..untuk sesiapa yang tahu dekat area kedai cenderahati Makro..Murah sangat kat situ dan harga berpatutan..Gambar 4 keping dgn cd baru harga RM10.60, dah tu pandai edit pulak segala jerawat batu pon tak nampak..haha..kalau kat kedai lain mau kena dlm RM13.00..

Tapi kalau buat sesiapa yang tak tahu menahu tentang peraturan baru nie, kat pejabat imigresen tu ada disediakan perkhidmatan tangkap gambar pasport latar putih tapi harga dalam RM12 mcm tu..
Untuk orang Perlis, boleh ke Jabatan Imigresen kat Kuala Perlis dan Bangunan KDN berdekatan dengan mini Putrajaya..Kalau nak tahu imigreen kat Kuala Perlis lengang sangat, dah macam boleh main badminton pulak..haha..untuk sesiapa yang kejar masa boleh la ke situ..nak jalan pon tak jauh kalau nak dibandingkan dengan pejabat imigresen kat Bangunan KDN tu..

Pas sempadan yang dulu guna sekeping kertas ja..tapi sekarang dah guna buku biru macam buku pasport tu..Buku baru tu pon berkualiti dan ada 16 halaman..Harga masih sama iaitu RM10.00. Boleh la nak cop banyak mana pon dah tak kisah..Kalau pas dulu yang kertas tu mudah koyak dan senang kena air dan lagi satu sampai dah tak ada tempat nak cop..haha

Masa Sya pergi buat pas nie tak sampai 30 minit dari mula masuk kat pintu depan..haaaa nampak tak betapa cepatnya nak buat pas..bila dah sampai kat pejabat imigresen tu boleh pergi kat kaunter dan cakap nak buat pas sempadan..akak imigresen yang comel tu akan mintak ic dan bagi sekeping borang dan dia tanya samada pernah buat pas tak..dia saja ja tanya tu..Sya pun lupa nak tangkap gambar borang tu..tapi ada 1 kolum yang korang akan terpinga-pinga untuk mengukur ketinggian korang..hahaha..nasib Sya ingat tinggi Sya yang tak berapa nak petot nie..

Bila dah selesai isi borang boleh la ke kaunter number tadi untuk ambil number giliran..tapi sebelum tu akak comel akan minta borang dan gambar sebab dia nak letak gam untuk lekatkan di borang tadi..dah tu dia akan bagi number giliran..time Sya pergi tu dapat ja number giliran terus number Sya di panggil..Sya bagi borang, bayar RM10 dan di minta tunggu sekejap..tak sampai 10 minit terus nama Sya di panggil dan pegawai bertugas tu bagi balik ic dan buku pas sempadan baru..


Tadaaaaa..boleh la guna pas semapadan baru..
Untuk makluman, buku biru tu adalah pas sempadan yang baru manakala yang kertas putih tu adalah pas sempadan yang lama..

8 comments:

  1. Salam kak . Saia duduk johor buleh ke buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saia xleh buat.saia kna buat passport. Sbb saia dok johor. Xbesempadan dgn thailand.

      Delete
  2. salam kak.saya dan husband dah ada pasport.tp baby sy umur 1 tahun xde lg.kalau nak buatkan border pass untuk dia sama prosedur dengan kat atas ke kak?

    ReplyDelete
  3. Pas sempadan ni klau pi krabi pon boleh lg ka?

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum sis... Tahun 2011 dulu sy pernah bt b.pass.. tapi dh xtau letak dekat mana... Kena bt laporan polis @ terus bt baru je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena buat baru sbb sah laku pass hanya setahun ja.

      Delete
  5. Assalamualaikumm. Nak tnya contoh kalau b.pass hilang ni dpt buat baru @ kene denda ? Sbb xsmpai sthun lg

    ReplyDelete

Fendi VS Destinasi TV

 Assalamualaikum wbt kpd semua. Alhamdulillah hari nie 19 Julai 2023 bersamaan dgn 1 Muharram 1445H bermulalah permulaan baru tahun Hijrah. ...