Resepi Buttermilk Chicken yang mudah dan sedap.. Setakat nie Sya pernah makan Buttermilk Chicken kat Gold Chili SS15 USJ Subang.. Serius Sya cakap Buttermilk Chicken kat Gold Chili memang sedap dan sangat berpuas hati.. Yang specialnya, boleh pilih nak bahagian ayam yang mana.. Servis Gold Chili memang tip top..
Walaupun customer ramai, tapi pekerja dyorang memang sangat pantas.. 2 kali Sya makan kat Gold Chili dengan kawan-kawan.. Kalau nak ke USJ tu, awal-awal lagi dah berdoa supaya senang dapat tempat parking.. Maklum la SS15 USJ Subang tu selalu sesak dan tak cukup tempat parking..hahaha
Entry kali nie, Sya nak sharekan resepi Buttermilk Chicken sebab nak cari kelainan untuk family Sya makan..Resepi nie sama jugak dengan resepi yang lain.. Sya ikut resepi dari facebook Sheila Rusly dan Sya olah ikut citarasa Sya..
Buttermilk Chicken
(4 pax)
Bahan A:
500gm ayam- potong kecil
3 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bwang putih - ditumbuk
1 sudu serbuk kari
tepung goreng ayam - secukupnya
garam secukupnya
Minyak goreng ayam
Bahan B:
3 sudu makan butter
1/2 tin susu cair
1 biji bawang holland - mayang
1 ulas bawang putih - mayang
2 tangkai daun kari
4 tangkai cili melaka hijau
sedikit air panas
gula - secukupnya
Cara-Cara:
Untuk ayam nie, boleh pilih kalau nak bahagian bertulang atau isi.. Terpulang pada cita rasa masing-masing.. Tumbuk bawang merah dan bawang putih kemudian lumur pada ayam tadi..Perasakan dengan garam dan gaul dengan serbuk kari sekejap..Kemudian baru masukkan tepung goreng ayam.. Gaul hingga tepung melekat dengan rata dan goreng ayam hingga masak..
Panaskan butter, tumis bawang holland, bawang putih, daun kari dan cili.. Biar garing sekejap kemudian baru la boleh tambah susu cair. Biar sekejap dan tambah sedikit air panas. Kalau nak rasa manis boleh tambah gula.. Akhir sekali boleh la masukkan ayam yang digoreng tadi.. Boleh dihidang panas.
Kalau hendakkan kuah yang pekat boleh la dimasak lama sedikit, dan sebaliknya tambah air kalau sukakan kuah yang cair.. Boleh juga gunakan 2 sudu besar tepung jagung dan 2 sudu besar tepung gandum tapi Sya gantikan dengan tepung goreng ayam..
Untuk bahagian ayam Sya pilih bahagian isi yang bertulang dan kuahnya Sya buat kurang manis untuk menggelakkan rasa muak susu cair tu..Kalau yang sukakan pedas boleh la tambah jumlah cili tu tapi biar la berpada supaya tak sakit perut..hehehe
No comments:
Post a Comment