Assalamualaikum..
Wowww... For this entry, I will review about The Chef's Table..I give 5 star for this cafe.
Perghhh, 5 bintang banyak tu..5 bintang yang Sya bagi tu adalah termasuk dengan kebersihan cafe, persembahan makanan, tekstur makanan dan yang paling penting kesedapan hingga kunyahan terakhir..hehe
Kalau nak tahu, empunya cafe nie adalah pasangan suami isteri merangkap Chef yang sangat serba boleh dan juga pensyarah.. Dah la masak pon sedap, pandai carving ais plak tu.. Chef Abdul Rahman Ahmad Rozali dan Puan Noor Liza Zainol ialah tuan punya The Chef's Table nie dan juga merupakan seorang pensyarah di UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang..
Selain itu, Chef Abdul Rahman pernah juga mengajar Sya masa diploma semester 1 iaitu kelas Basic Western Kitchen 5 tahun lepas..lama kan tahun 2011..Chef Abdul Rahman baik orangnya dan tidak lokek dalam memberi ilmu kepada para pelajar..
Sya memang mengidam betul nak makan kat cafe nie..Kebetulan Sya dan kawan Sya, si Izyan dalam perjalanan pulang dari KL..Kami bertolak dari KL dalam jam 3.00 pm, singgah Ipoh dan baru lah singgah kat cafe nie..Kami sampai dalam kul 8pm dah..Kami pon tak boleh lama-lama sebab nak cepat sampai Perlis..
Lokasi:
The Chef's Table
456, Jalan Permatang Rawa,
14000 Penang, Malaysia.
**cafe terletak berdekatan dengan Maybank Perda..
Waktu Operasi:
5.00pm - 12.00am
Isnin - Sabtu
Suasana dalam cafe nie sangat tenang dan dekorasinya adalah dari barang-barang antik yang mungkin dah tiada pada zaman sekarang.. Lagu-lagu yang diputarkan juga adalah lagu lama dari zaman P.Ramlee rasanya..Antik weiiii..
The Chef's Table menu..Menu yang sangat kemas, teratur, tak serabut dan yang penting sekali ada food description sekali.. Harga pun sangat berpatutan..
Sya nie peminat kambing. So, Sya ambil Lamb Shoulder Grill nie.. Serius sedap baq hang.. Sos black pepper, wedges dan salad yang superb sedap.. Lamb nie memang cukup rasa dan perapan.
Kawan Sya, si Izyan ambil set Lamb Beriani.. Sedap kan..
Bahagian dalam cafe
Banyaknya barang antik kat cafe nie..
Yeaaa..Piring Hitam..Zaman la mana ada dah..ehehe
Koleksi buku masakan..
Koleksi botol minuman zaman dulu..
Ada juga koleksi botol rokok..
Macam-macam ada..
Lesen television zaman dulu..Zaman la nie tak perlu lesen dah..
Kotak rokok pon hadooo..
Dapur nie memang legend oit.. Masak guna minyak tanah..Sekali menyala habis berjelaga..
Senang cakap, pakat-pakat la singgah kat The Chef's Table cafe nie..berbaloi baq hang..hehe
No comments:
Post a Comment