Sunday, August 23, 2015

Nasi Ikan Tenggiri

Baru-baru nie mak request nak makan nasi ikan tenggiri..Mak sanggup pulak keluar ke market beli ikan tenggiri..nak tak nak kena la masak jugak..haha



Nasi nie belajar dari tok..dalam resepi nie banyak menggunakan bawang merah..sebabnya untuk beri warna pada nasi tu..untuk lauknya Sya gu kan dengan ayam masak merah dan acar jelatah..bertambah selera baq hang..haha

Bahan-bahan:
(8 - 10 orang makan)

1 kg beras - basuh dan toskan
1 kg ikan tenggiri - basuh dan goreng seperti biasa
1.5 liter air
Garam dan gula secukup rasa

Bahan goreng:
20 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
3 inci halia
2 sudu besar minyak jagung

Goreng bahan-bahan nie sampai warna keperangan. Angkat dan blend halus.

Bahan Tumis:
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
3 inci halia
1/2 cawan susu cair
2 tangkai daun kari
3 biji bunga lawang
6 biji bunga cengkih
6 biji buah pelaga
3 inci kulit kayu manis
1 sudu besar minyak sapi

Cara memasak:
1. Tumis bahan tumis hingga naik bau dan masukkan bahan goreng yang telah dikisar halus td.
2. Kemudian masukkan susu cair. Biar mendidih sekejap.
3. Masukkan beras dan biar seketika. Kemudian masukkan air. Perasakan dengan garam dan gula           secukupnya.
4. Biarkan nasi masak hingga hampir kering dan susun ikan tenggiri yang telah digoreng tadi.
5. Biar nasi masak dan boleh dihidang..

**Nasi boleh juga dikukus semasa nasi mulai kering.



No comments:

Post a Comment

Fendi VS Destinasi TV

 Assalamualaikum wbt kpd semua. Alhamdulillah hari nie 19 Julai 2023 bersamaan dgn 1 Muharram 1445H bermulalah permulaan baru tahun Hijrah. ...