Sunday, August 30, 2015

Nasi Lobak Merah

Time cuti sem yg lama cenggini sememangnya kena la rajin memasak..maklum la bila dok kat rumah dgn serta mertanya mak akan cakap "aku tak reti masak"..hahaha..ya la mak..

So, entry kali nie nak kongsi sedikit resepi Nasi Lobak Merak atau bahasa omputihnya Nasi Carrot..





Nasi Lobak Merah
(3 - 4 orang makan)

Bahan-bahan:
4 cawan beras - basuh dan toskan
5 cawan air
lobak merah secukupnya - boleh potong batonnet atau diparut
1/2 cawan susu cair
Garam dan gula secukupnya

Bahan kisar:
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan tumis:
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
3 biji bunga lawang
4 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
2 helai daun pandan
minyak sapi untuk menumis
3 sudu besar rempah kurma * optional hanya untuk memberikan warna

Cara memasak:
1. Panaskan minyak sapi dan tumis bahan-bahan tumis. Biar naik bau.
2. Kemudian, masukkan bahan kisar. Biar sekejap dan masukkan sedikit air.
3. Masukkan susu cair dan biar mendidih. Setelah mendidih boleh la dimasukkan beras.
4. Masukkan lebihan air tadi dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
5. Biar nasi kering dan boleh dihidang.

No comments:

Post a Comment

Fendi VS Destinasi TV

 Assalamualaikum wbt kpd semua. Alhamdulillah hari nie 19 Julai 2023 bersamaan dgn 1 Muharram 1445H bermulalah permulaan baru tahun Hijrah. ...