Thursday, August 27, 2015

Cara Buat Number TAC Maybank2U

Hari nie ambil kesempatan yang ada untuk ke Maybank Kangar..lagipun minggu depan dah nak balik Palam..haha..dah lama nak ke Maybank sebenarnya tp saja lengahkan waktu..maklum la penyakit M nie sentiasa ada..

Padahal nak buat number TAC tu sekejap ja..xsampai 10 minit dari masa ambil number giliran..haha
Untuk sesiapa yang nak buat number TAC tu mesti la kena ada acc Maybank2U dahulu..

Nak buat acc Maybank2U tu senang ja..Mula-mula kena ambil number pin kat mesin ATM baru bleh buat acc..

Nak buat number TAC Maybank2U nie tak boleh buat kat mesin ATM tapi kena pergi ke kaunter Maybank..dulu boleh ja buat kat mesin ATM tapi disebabkan terlampau banyak "fraud" so kena buat kat kaunter supaya lebih secure la katakan..

Untuk buat number TAC cuma perlu bawa kad ATM, kad pengenalan dan number telefon yang kita selalu guna tu sahaja..bila dah scan ibu jari kanan, sign pengesahan dan boleh balik..hoorayyy dah siap..

No comments:

Post a Comment

Fendi VS Destinasi TV

 Assalamualaikum wbt kpd semua. Alhamdulillah hari nie 19 Julai 2023 bersamaan dgn 1 Muharram 1445H bermulalah permulaan baru tahun Hijrah. ...