Wednesday, December 25, 2019

Resepi Apom Beras

Assalamualaikum hampa semua.

Sya harap semuanya sihat2 belaka hendaknya yaaaa. Perghhh dah lama tak update blog. Yg pertama sibuk, kedua sibuk, ketiga sibuk dan akhirnya malas. Haha. Penyakit malas nie susah nak dapat ubat. Heran sungguh la.

Alang2 nak masuk tahun 2020 nie la kan, sebelum nak habis tahun, Sya nak share 1 resepi kuih yg Sya selalu buat untuk jualan.  Stress tau buat kuih nie walaupun senang yakmat yakmat sebabnya kuih nie susah nak senyum kalau tak kena cara. Susah weiii nak buat. Bukannya senang. Kalau kuih nie senyum maka automatiknya kita akan senyum sekali, tetapi jika sebaliknya maka kita akan muram durjana sekali. Hehe

Resepi kuih yg Sya nak share kan ialah Apom Beras yg menggunakan tapai nasi. Ada sesetengah resepi menggunakan nasi sejuk. Pon boleh jgk tetapi apom akan menjadi sedikit berat berbeza jika kita menggunakan tapai nasi dimana apomnya akan menjadi ringan dan lembut.

Sya menggunakan sukatan cawan jadi harap maklum guna cawan yg sama untuk menyukat setiap bahan. Jangan dok gatai2 guna cawan lain2 pulak. Hehe. Untuk tpg beras pulak, Sya gunakan tpg beras siam cap gajah ekor 3.

Buat apom kena banyak bersabar dan banyak 'try and error'. Adakala apom menjadi, ada kala apom tak menjadi. Selamat mencuba ya semuanya... 😆😆😆


Apom Beras Tapai Nasi

Bahan-bahan:
1 cawan tapai nasi
3/4 cawan gula
1 1/2 cawan air
3 cawan tepung beras
1 1/2 sudu kecil eno

Cara-cara:
Satukan tapai nasi, gula dan air didalam blender dan kisar halus selama 2 hingga 3 minit.
Kemudian masukkan tepung beras sedikit demi sedikit dan kisar lagi sehingga tiada ketulan2 tepung td.
Perapakan selama 4 jam.
Selepas 4 jam, panaskan air dalam pengukus. Pastikan air betul2 panas dan mendidih.
Sambil2 tu boleh la kacau tepung td dan masukkan eno. Setelah masukkan eno, cpt2 kacau adunan sehingga sebati.
Bahagikan adunan kepada 3 bekas dan boleh la letak pewarna hijau, merah dan warna asli tpg tu. Hati2 masa tuangkan perwarna takut terlebih pulak nnt.
Setelah selesai bahagikan adunan, bolehlah dituang ke dalam acuan lompang.
Kukus selama 30 minit dgn api kuat.

*Sya kukus apom tanpa balut tudung pengukus dengan kain.
*Semasa susun acuan lompang, pastikan ada jarak sedikit antara dinding pengukus dgn acuan.
*Sya tak oleskan acuan lompang dgn minyak. Kejadiannya apom tetap keluar dgn elok dr acuannya.


Sunday, March 11, 2018

Pencuci muka Aisyasya Cleanser Multi Purpose (ACMP)

MEMPERKENALKAN PENCUCI MUKA 

#KUNYITKAYUMANIS [3dalam1]

➡ MENCUCI
➡ MERAWAT
➡ PENANGGAL MAKEUP

100% bahan SEMULAJADI, tidak megandungi bahan kimia.

Menyelesaikan masalah
-JERAWAT
-JERAGAT
-MUKA BERMINYAK
-MEREDAKAN KULIT SENSETIF
-SAKIT KULIT ECZEMA
-KULIT KUSAM
-TONA KULIT TAK SEKATA
-SUNBURN
-RESDUNG

*EXTRA BONUS
-Boleh dibuat sebagai PENANGGAL MEKAP
-Boleh dibuat sebagai pencuci miss V

Bahan utama:
✔ Serbuk Kunyit ( Tumeric )
✔ Serbuk Kayu Manis ( Cinnamon )
✔ Madu (Honey)
✔ Minyak Pokok Teh ( Tea Tree Oil )
✔ Minyak Kelapa Muda ( Virgin Coconut Oil )
✔ Bahan semulajadi Yang dibenarkan ( Natural Preservatives)

Ramuan pencuci muka ini tiada
✖ Bahan kimia
✖ SLS
✖ Haiwan
✖ Paraben
✖ Dan bahan yang merbahaya

💯✔ Produk Muslim
💯✔ Halal
💯✔ GMP
💯✔ Buatan Malaysia

*Jimat 150ml tahan untuk 2 hingga 3 bulan penggunaan..



Monday, September 4, 2017

Update Borang Pas Sempadan (Border Pass)

Assalamualaikum w.b.t..

Lama gila tak update blog ehhh..dah berbulan lamanya..sepi berlagu pilu bhaiii tak update blog..hahaha

Memandangkan entry pasal Buat Pas Sempadan Malaysia-Thailand Baru mendapat sambutan sebab lebih kurang 3.5K yang baca pasal entry nie, so Sya nak buat 1 entry update pasal pas sempadan nie..

Tak banyak pon nak buat update, sebabnya Sya hanya nak update borang pas sempadan tu ja..Borang nie boleh ambik di kaunter pendaftaran di Jabatan Imigresen Malaysia sama ada di Bangunan KDN Kangar atau Kuala Perlis. Peringatan ya, sebelum ambil borang pastikan di tangan saudara dan saudari ada gambar pasport berlatar belakang putih dan baru boleh ambil borang sebelum korang pergi kat kaunter tu. 

Yang malas nak baca entry yang Sya dah letak link tu, Sya ulang ok..Hanya penduduk di Perlis, Kedah, Perak(bahagian Hulu Perak sahaja) dan Kelantan sahaja yang boleh buat border pass nie. Penduduk dari negeri lain Terengganu kerrr, Johor kerrr, N9 kerrr, Penang kerrr tak boleh buat border pass nie..reti tak?? hehe

Lagi 1 kan, gambar Sya yang pasal border pass tu dah pernah viral dekat group Saya Anak Perlis.. Malu la jugak, atas bantuan seorang kawan post tersebut telah dipadamkan dengan baik.. So, kat sini sesiapa yang nak copy paste pic Sya, please sensorkan mana yang patut dan mintak kebenaran Sya atau kreditkan Sya ok..tapi jangan la buat Sya femes senegara..malu cheqqq hoiiii..hahaha









Fendi VS Destinasi TV

 Assalamualaikum wbt kpd semua. Alhamdulillah hari nie 19 Julai 2023 bersamaan dgn 1 Muharram 1445H bermulalah permulaan baru tahun Hijrah. ...