Monday, September 4, 2017

Update Borang Pas Sempadan (Border Pass)

Assalamualaikum w.b.t..

Lama gila tak update blog ehhh..dah berbulan lamanya..sepi berlagu pilu bhaiii tak update blog..hahaha

Memandangkan entry pasal Buat Pas Sempadan Malaysia-Thailand Baru mendapat sambutan sebab lebih kurang 3.5K yang baca pasal entry nie, so Sya nak buat 1 entry update pasal pas sempadan nie..

Tak banyak pon nak buat update, sebabnya Sya hanya nak update borang pas sempadan tu ja..Borang nie boleh ambik di kaunter pendaftaran di Jabatan Imigresen Malaysia sama ada di Bangunan KDN Kangar atau Kuala Perlis. Peringatan ya, sebelum ambil borang pastikan di tangan saudara dan saudari ada gambar pasport berlatar belakang putih dan baru boleh ambil borang sebelum korang pergi kat kaunter tu. 

Yang malas nak baca entry yang Sya dah letak link tu, Sya ulang ok..Hanya penduduk di Perlis, Kedah, Perak(bahagian Hulu Perak sahaja) dan Kelantan sahaja yang boleh buat border pass nie. Penduduk dari negeri lain Terengganu kerrr, Johor kerrr, N9 kerrr, Penang kerrr tak boleh buat border pass nie..reti tak?? hehe

Lagi 1 kan, gambar Sya yang pasal border pass tu dah pernah viral dekat group Saya Anak Perlis.. Malu la jugak, atas bantuan seorang kawan post tersebut telah dipadamkan dengan baik.. So, kat sini sesiapa yang nak copy paste pic Sya, please sensorkan mana yang patut dan mintak kebenaran Sya atau kreditkan Sya ok..tapi jangan la buat Sya femes senegara..malu cheqqq hoiiii..hahaha









No comments:

Post a Comment

Fendi VS Destinasi TV

 Assalamualaikum wbt kpd semua. Alhamdulillah hari nie 19 Julai 2023 bersamaan dgn 1 Muharram 1445H bermulalah permulaan baru tahun Hijrah. ...