Assalamualaikum hampa semua.
Sya harap semuanya sihat2 belaka hendaknya yaaaa. Perghhh dah lama tak update blog. Yg pertama sibuk, kedua sibuk, ketiga sibuk dan akhirnya malas. Haha. Penyakit malas nie susah nak dapat ubat. Heran sungguh la.
Alang2 nak masuk tahun 2020 nie la kan, sebelum nak habis tahun, Sya nak share 1 resepi kuih yg Sya selalu buat untuk jualan. Stress tau buat kuih nie walaupun senang yakmat yakmat sebabnya kuih nie susah nak senyum kalau tak kena cara. Susah weiii nak buat. Bukannya senang. Kalau kuih nie senyum maka automatiknya kita akan senyum sekali, tetapi jika sebaliknya maka kita akan muram durjana sekali. Hehe
Resepi kuih yg Sya nak share kan ialah Apom Beras yg menggunakan tapai nasi. Ada sesetengah resepi menggunakan nasi sejuk. Pon boleh jgk tetapi apom akan menjadi sedikit berat berbeza jika kita menggunakan tapai nasi dimana apomnya akan menjadi ringan dan lembut.
Sya menggunakan sukatan cawan jadi harap maklum guna cawan yg sama untuk menyukat setiap bahan. Jangan dok gatai2 guna cawan lain2 pulak. Hehe. Untuk tpg beras pulak, Sya gunakan tpg beras siam cap gajah ekor 3.
Buat apom kena banyak bersabar dan banyak 'try and error'. Adakala apom menjadi, ada kala apom tak menjadi. Selamat mencuba ya semuanya... 😆😆😆
Apom Beras Tapai Nasi
Bahan-bahan:
1 cawan tapai nasi
3/4 cawan gula
1 1/2 cawan air
3 cawan tepung beras
1 1/2 sudu kecil eno
Cara-cara:
Satukan tapai nasi, gula dan air didalam blender dan kisar halus selama 2 hingga 3 minit.
Kemudian masukkan tepung beras sedikit demi sedikit dan kisar lagi sehingga tiada ketulan2 tepung td.
Perapakan selama 4 jam.
Selepas 4 jam, panaskan air dalam pengukus. Pastikan air betul2 panas dan mendidih.
Sambil2 tu boleh la kacau tepung td dan masukkan eno. Setelah masukkan eno, cpt2 kacau adunan sehingga sebati.
Bahagikan adunan kepada 3 bekas dan boleh la letak pewarna hijau, merah dan warna asli tpg tu. Hati2 masa tuangkan perwarna takut terlebih pulak nnt.
Setelah selesai bahagikan adunan, bolehlah dituang ke dalam acuan lompang.
Kukus selama 30 minit dgn api kuat.
*Sya kukus apom tanpa balut tudung pengukus dengan kain.
*Semasa susun acuan lompang, pastikan ada jarak sedikit antara dinding pengukus dgn acuan.
*Sya tak oleskan acuan lompang dgn minyak. Kejadiannya apom tetap keluar dgn elok dr acuannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Fendi VS Destinasi TV
Assalamualaikum wbt kpd semua. Alhamdulillah hari nie 19 Julai 2023 bersamaan dgn 1 Muharram 1445H bermulalah permulaan baru tahun Hijrah. ...
-
Hai semua.. Untuk makluman pas sempadan nie hanya boleh pakai di kawasan tertentu ja tau..Kawasan yang di tetapkan meliputi 5 wilayah i...
-
Assalamualaikum w.b.t.. Lama gila tak update blog ehhh..dah berbulan lamanya..sepi berlagu pilu bhaiii tak update blog..hahaha Meman...
-
Chicken chop nie adalah salah satu makanan kegemaran semua orang dan sangat popular.. Semua kedai yang jual western food mesti akan ada menu...
No comments:
Post a Comment