Wednesday, January 27, 2016

Trip Food Styling Part II: Pulau Pinang

Here come my second part in our Food Styling trip..hehe..Hope that you are ready to read my entry..
So, dah ready kerr semua nak baca entry Sya kali nie sebabnya entry kali nie panjang sangat la pulak sebab banyak aktiviti yang kami buat dalam masa 1 hari tu..hehe

Sya akan sambung cerita Trip Food Styling Part II dimana trip hari ke dua ini bertempat di Rumah Anak-Anak Yatim Permata Kasih yang terletak di Taman Pauh Jaya, Permatang Pauh berhampiran dengan UiTM Pulau Pinang..




Selepas bersarapan, kami mula bergerak dan sampai lebih kurang pada jam 9 pagi..Sebak pula hati Sya melihat anak-anak yatim disini.. Anak-anak kat sini kesemuanya adalah puteri dan hanya ada beberapa orang putera sahaja.. Mula-mula kami sampai, anak-anak yatim kat sini masih kurang untuk bermesra dengan kami, maklum la masih baru dan kami pulak ramai sangat.
Dalam simpanan Sya, ini ada gambar anak-anak yatim tersebut.. Siap tertunduk-tunduk lagi sebab malu dengan kami agaknya..hehe




Masa Sya sampai kat rumah nie, Sya tertarik pada satu board dimana board ini dipenuhi dengan tulisan anak-anak yatim disini. Serius air mata Sya tak tertahan, mencurah-curah bila terbaca nukilan anak-anak syurga Allah nie..





Sebelum ketibaan kami di rumah permata nie, kami telah dibahagikan kepada beberapa team iaitu team memasak dipimpin oleh Chef Firdaus, team gotong-royong dipimpin oleh Chef Shauqif, team deco cupcake dan team kreativiti..



Team memasak menyediakan juadah seperti nasi putih, ayam goreng berempah, dalca, papadom, cucur udang, brownies, bubur pulut hitam dan beberapa jenis lagi.. Kesian team memasak tau sebab mereka nie memasak dibawah sinaran matahari..hehe


Team gotong royong pula membersihkan kawasan halaman rumah dan didalam rumah.. Nak diikutkan tiada apa sangat yang perlu dibersihkan didalam rumah sebabnya anak-anak disini sudah dilatih dan diberi tanggungjawab untuk sentiasa menjaga kebersihan..


Team deco cupcake paling mendapat sambutan daripada anak-anak kat sini..hehe..seronok betul mereka nie deco dan makan cupcake sampai ada yang comot makan cupcake..


Team kreativiti ditugaskan untuk menghiburkan anak-anak kat sini..Ligat ja akak-akak main dengan adik-adik.. Semua terhibur pulak tu..hehe



Menjelang jam 12 tengahari dan team memasak sudah menghidangkan maka kami menjemput anak-anak untuk menjamu selera..Suka sangat tengok anak-anak makan..hehe
Selesai makan, kami dihiburkan dengan persembahan dari anak-anak kat sini..pergghhh lagi sekali menitis air mata Sya apabila mereka membuat persembahan dengan menyanyi lagu ibu bapa..sedih baq hang, kami kat sini masing-masing dah merah mata sebab menangis sampaikan ada yang teresak-esak..maklum la anak-anak kat sini sangat tabah menjalani kehidupan tanpa mak dan ayah disisi..huhuhu



Selesai mereka buat persembahan, tiba lah saat penyampaian hadiah untuk anak-anak yatim kat sini. Hadiah disampaikan oleh Chef Firdaus Hanan dan Chef juga turut menyampaikan cenderahati kepada pengetua disini..




Sebelum kami meneruskan perjalanan kami ke seberang, kami sempat untuk bergambar bersama-sama dengan anak-anak disini..Kami nie hantu selfie jgk..hahaha


Jom kita ke seberang pulak, Georgetown here we come..


Setibanya kami di Georgetown, bas meninggalkan kami berhampiran dengan kedai sewa basikal The Leaf.. Uncle Chinese nie sangat baik hati tau dan beliau juga pemurah dikala kami meminta pengurangan harga disebabkan kami ramai.. Sya dan group sya lebih kurang 13 orang manakala yang lain membawa haluan masing-masing.


Perhentian kami yang pertama ialah kawasan sekitar Little India, ini kuih kapal terbang versi kaum India.. Ada pelbagai jenis jualan lagi seperti ladu, masalodeh, vadai dan lain-lain..Besar tau kuih nie..dan kat sini memang menjadi tumpuan pelancong-pelancong asing..


Hahaha..rombongan cik kiah kerr dik non..tengahari panas cenggini kayuh basikal..dugaan sangat..


Seterusnya kami singgah kat sini..ini adalah tempat yang paling famous untuk menyejukkan tekak yang haus dek kerana panas tengahari..The Penang Road Famous Teochew Chendul Ice Kacang.. Kalau korang pernah makan kat branch restoran Cendol Teochew, berasal dari sini la..hehe


Berjalan beberapa kedai dari situ, ada kedai yang menjual Asam Laksa yang menjadi lambang makanan untuk negeri Pulau Pinang nie..


Ini gambar kami, bergambar reramai time nak pulangkan basikal..hehe.. Sebelum nak pulangkan basikal, penat la jgk uncle tu menunggu sebab selfie tak habis-habis..Selepas kami pulangkan basikal, kami berjalan pula untuk ke Padang Kota sebab bas kami sedang menanti kami disana untuk bergerak ke Gurney Drive.. Nak gerak ke Gurney kena awal tau, kalau gerak lepas jam 6 ptg alamatnya sangkut dalam jem lerrr.. Makan lagi wehhh..haha









Gambar-gambar kat atas nie adalah di Persiaran Gurney Drive, betul-betul dekat roundabout Gurney tu..Katanya berhampiran dengan pantai, tapi Sya tak perasan sangat pantai tu sebab dah sampai pon hampir malam..

Ramainya lautan manusia kat sini mencari makanan.. Pasembur tu Chef Firdaus yang belanja, sepinggan dalam RM20++.. Sya suggest char koew teow kat sini memang the best dan sedap..Kerang bakar nie pon sedap makan panas-panas cumanya sambal tu kureenggg sikit.. 

Ada lagi beberapa jenis makanan yang kami order seperti bihun sup, mee bandung, koew teow goreng tapi yang paling sedap ditekak ialah air mineral dan air kosong..perghhhhh itu paling win..Boleh dikatakan makanan kat sini berpatutan dan semuanya sedap-sedap..

Yeaaaahhh.. Kalau nak diikutkan plan malam tu kami 1 bas nak ke pesta penang tapi disebabkan cuaca hujan setitik dua, maka mereka membuat keputusan untuk balik ke hostel ja la..Lepas tu masing-masing menyesal sebab tak pergi pesta penang.. Lagi pun kami, masing-masing dah penat.. Balik awal dapat la tido awal..hehe

Hari last trip nie, kami diberikan masa untuk bersiap sebab tak nak rushing-rushing sangat lagi pun kami dah tak ada apa-apa aktiviti nak dibuatkan melainkan dalam perjalanan pulang kami ke Puncak Alam, kami akan singgah di Ipoh terlebih dahulu..

So, wait for my last part of Trip Food Styling Part III: Ipoh and The End.. 

















No comments:

Post a Comment

Fendi VS Destinasi TV

 Assalamualaikum wbt kpd semua. Alhamdulillah hari nie 19 Julai 2023 bersamaan dgn 1 Muharram 1445H bermulalah permulaan baru tahun Hijrah. ...