Peranan penting untuk menyedapkan chicken chop terletak pada seasoning, sos dan side dish nya.. Selalu, kita makan kat kedai rasanya biasa ja dah campur dengan sos black pepper baru la berasa.. Tapi kalau sya memasak, Sya lebih mementingkan kualiti daripada kuantiti.. Maklum la Sya nie jenis yang "cook to pleasure people and to satisfied their mouth"..haha
Ini bahagian drumstick yang Sya siap debone.. Bahagian yang Sya guna nie adalah yang whole drumstick tau iaitu termasuk sekali dengan thigh..Kat kedai frozen ada jual yang siap debone tp bagi Sya biarlah Sya asah sikit skill debone memandangkan Sya pernah belajar masa diploma dulu..
Jeng jeng jenggg.. Ini lah rupa ayam yang Sya marinate.. Seasoning untuk ayam nie senang sangat..
Bahan-bahan marinate:
5 ulas bawang merah - ditumbuk
3 ulas bawang putih- ditumbuk
garam - secukup rasa
secukup rasa maggi - secukupnya
paprika - secukupnya
lada hitam - ditumbuk
thyme - secukupnya
serbuk lada putih - secukupnya
3 keping daun bay
Bawang merah dan bawang putih ditumbuk dan dilumurkan pada isi ayam.. Kemudian, dengan mengikut rasa kasih sayang dari hati mulakan dengan Bismillah dan masukkan bahan selebihnya dengan secukup rasa..hehehe
Selepas siap season ayam nie cucuk isi ayam dengan garfu dan perap selama lebih kurang 3-4 jam supaya rasanya meresap ke dalam isi ayam tersebut..Koyakkan daun bay dan tabur atas ayam dan juga selitkan bawah-bawah sikit..
Nak tahu tak, buka ja pintu peti ais maka keluar la segala haruman dari marinate yang tu tau..baunya memang superb..haha
Maka tiba lah saat dimana peha ayam yang diperap siap digoreng.. Sya buat dua jenis coated ayam nie iaitu serbuk roti putih dan tepung goreng ayam..Untuk tepung goreng ayam nie Sya bancuh menggunakan air ais batu.. Manakala untuk menyalut ayam dengan serbuk roti, mula-mula sekali sya tepungkan ayam dengan tepung gandum.. sikit ja tau..lepas tu celup dalam telur ldan epas tu baru ratakan dengan serbuk roti.
Sya goreng sekejap dalam 5-6 minit macam tu lepas tu Sya masukkan dalam oven.. Sya bakar dalam 8 minit suhu 180 C.. Ini adalah kerana, Sya nak kekalkan ayam tu juicy dan tak kering. Dan serius Sya cakap bila lepas bakar memang sangat lembut, juicy dan tak kering..
Lagi satu tips, sewaktu masukkan ayam dalam minyak goreng pastikan bahagian kulit berada diatas bukannya dibawah..Sebabnya tak nak ayam tu mengecut.. Apabila bahgian kulit berada diatas, ayam takkan mengecut bahkan ianya akan sedikit melebar.. Sya gunakan serbuk roti putih sebab macam dah jemu dengan sebuk roti oren..hehe..
Taraaaaaa dah siap bersama dengan vege dan starch.. Dalam entry yang lain Sya akan kongsikan resepi untuk membuat sos lada hitam, coleslaw dan mashed potato yang mudah dan simple..
No comments:
Post a Comment