Sekali lagi tertipu dengan kesedapan, kelazatan dan kecantikkan roasted chicken nie.. Sya tak ambil pun step by step untuk shot roasted chicken nie tapi sya akan terangkan dalam entry kali nie..
1) pastikan ayam seekor dan tiada cacat celanya..Kalau ada kaki patah, jangan guna hokey..
2) jangan buang leher sebab nanti nak ikat butcher string kat situ. kemudian basuh dan toskan..
3) kepalkan aluminium foil dan sumbatkan ke dalam hujung bontot ayam yang terdedah tu.. tapi jangan sampai terbujur keluar sebab nanti bila bakar sekejap, kulit ayam akan mengembang.. bila mengembang nanti kulit ayam akan terkoyak so terjadilah cacat celanya disitu..dan xcantik kaaaannn..
4) gunakan jarum peniti dan cover kulit ayam untuk tutup aluminium foil yang terdedah tadi..cucuk ke dalam isi yaaaa..
5) lepas tu bleh la ikat ayam tu.. mulakan dengan mengikat hujung kaki, ke sayap dan akhir sekali leher..ikat butcher string pada leher supaya ayam tu akan tergantung..
6) gantung ayam tadi dan siram dengan air sekejap untuk bagi kulit ayam masak.. supaya senang nak warnakan ayam tu..
7) lepas siram, bakar ayam sekejap dengan suhu 170 selama 5 minit.. lepas 5 minit keluarkan..
8) menggunakan berus, sapu kicap cair dan sos tiram pada seluruh ayam tersebut.. kemudian bakar lagi 5 minit.. kalau ayam tu burn, slowkan suhu yaaa..
9) buat campuran kicap cair, sos tiram, kicap pekat dan sedikit minyak.. keluarkan ayam tadi dan sapu dengan campuran kicap td.. warnakan mengikut kehendak masing-masing.. kalau ada bahagian yang terterang warna kicap pekat, boleh basahkan sedikit dengan kicap cair..
10) bakar lagi sekali selama 5 minit dan keluarkan..final touching dengan menggunakan sapuan dari campuran minyak dan herba rosemary, thyme dan oregano..kat sini akan nampak ayam berkilat gitewwww..
11) lastly, boleh la shoot ayam tadi dengan sayur..
***optional kat sini, roasted chicken nie menggunakan bahan yang ada didalam dapur seperti kicap cair, kicap pekat dan sos tiram.. kalau ikutkan pro, mereka akan menggunaka pewarna kayu atau dikenali sebagai syelek kayu..memandangkan pakcik tak nak pembaziran sebab tu menggunakan kicap.. dan lagi satu, kalau menggunakan syelek kayu, nanti ayam akan nampak macam hainan chicken sedangkan tajuknya ialah roasted chicken..
No comments:
Post a Comment