Wednesday, September 9, 2015

Food Styling HTC645

Sem Sept - Jan kali nie sangat mencabar.. Tapi disebalik cabaran yang ada tu ada juga subjek yang best dan memerlukan kreativiti.. Malangnya, Sya bukan lah seorang yang "creative thinking"..

Post kali nie Sya akan terangkan sedikit pasal subjek Food Styling HTC 645.. Subjek Food Styling nie mengetengahkan konsep, idea, teknik, kaedah dan masalah dalam persembahan sesuatu makan atau senang cakap "food presentation/decoration".. Selain tu, ada juga belajar cara untuk bermain dengan warna, bayang-bayang, lampu, grafik, visual dan lain-lain lagi..  Untuk kelas Sya kali nie diajar oleh seorang chef yang berpengalaman iaitu Chef Ali Mohamad Noor.. Chef nie kelako orangnya..Suka menggelarkan diri sendiri dengan panggilan pak cik..hehe

Subjek Food Styling HTC 645 sememangnya menyeronokkan, perlu bermain dengan imaginasi dan perlu menggunakan kamera DSLR.. Kelas amali untuk subjek nie ialah pada setiap hari jumaat.. Kelas teori nie ambil masa dalam 5 jam, so dalam masa 5 jam tu lah kena pandai bahagikan tugasan sebabnya lepas mise-en-place kena masak, pabila dah selesai masak kena la mula sesi fotografi.. So untuk setiap hari jumaat selama 14 minggu yang akan datang In Sya Allah Sya akan kongsikan assignment yang Sya telah buat..

Untuk subjek nie Sya akan senaraikan assignment yang Sya perlu buat..

Week 1: Potato Chip & Salad
Week 2: Pancake
Week 3: Pasta & Dessert
Week 4: Cereal & Beverages
Week 5: Partially Cooked Food - Steak
Week 6: Vegetable
Week 7: Burger & Sandwiches
Week 8: Raw Items - Fruits
Week 9: Roasted Chicken
Week 10: Local Delicacies - Asian Noodles
Week 11: Ice Cream & Cookies - Chocolate Chips
Week 12: Cooked Food - Pasta
Week 13: Fine Dining
Week 14: Kuih Melayu


No comments:

Post a Comment

Fendi VS Destinasi TV

 Assalamualaikum wbt kpd semua. Alhamdulillah hari nie 19 Julai 2023 bersamaan dgn 1 Muharram 1445H bermulalah permulaan baru tahun Hijrah. ...