Sunday, August 14, 2016

Food Review: The Chef's Table

Assalamualaikum..
Wowww... For this entry, I will review about The Chef's Table..I give 5 star for this cafe.

Perghhh, 5 bintang banyak tu..5 bintang yang Sya bagi tu adalah termasuk dengan kebersihan cafe, persembahan makanan, tekstur makanan dan yang paling penting kesedapan hingga kunyahan terakhir..hehe

Kalau nak tahu, empunya cafe nie adalah pasangan suami isteri merangkap Chef yang sangat serba boleh dan juga pensyarah.. Dah la masak pon sedap, pandai carving ais plak tu.. Chef Abdul Rahman Ahmad Rozali dan Puan Noor Liza Zainol ialah tuan punya The Chef's Table nie dan juga merupakan seorang pensyarah di UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang..

Selain itu, Chef Abdul Rahman pernah juga mengajar Sya masa diploma semester 1 iaitu kelas Basic Western Kitchen 5 tahun lepas..lama kan tahun 2011..Chef Abdul Rahman baik orangnya dan tidak lokek dalam memberi ilmu kepada para pelajar..

Sya memang mengidam betul nak makan kat cafe nie..Kebetulan Sya dan kawan Sya, si Izyan dalam perjalanan pulang dari KL..Kami bertolak dari KL dalam jam 3.00 pm, singgah Ipoh dan baru lah singgah kat cafe nie..Kami sampai dalam kul 8pm dah..Kami pon tak boleh lama-lama sebab nak cepat sampai Perlis..

Lokasi:
The Chef's Table
456, Jalan Permatang Rawa,
14000 Penang, Malaysia.
**cafe terletak berdekatan dengan Maybank Perda..

Waktu Operasi:
5.00pm - 12.00am
Isnin - Sabtu

Suasana dalam cafe nie sangat tenang dan dekorasinya adalah dari barang-barang antik yang mungkin dah tiada pada zaman sekarang.. Lagu-lagu yang diputarkan juga adalah lagu lama dari zaman P.Ramlee rasanya..Antik weiiii..



 The Chef's Table menu..Menu yang sangat kemas, teratur, tak serabut dan yang penting sekali ada food description sekali.. Harga pun sangat berpatutan..


Sya nie peminat kambing. So, Sya ambil Lamb Shoulder Grill nie.. Serius sedap baq hang.. Sos black pepper, wedges dan salad yang superb sedap.. Lamb nie memang cukup rasa dan perapan.



Kawan Sya, si Izyan ambil set Lamb Beriani.. Sedap kan..


Bahagian dalam cafe




Banyaknya barang antik kat cafe nie..




 Yeaaa..Piring Hitam..Zaman la mana ada dah..ehehe


Koleksi buku masakan..


Koleksi botol minuman zaman dulu..


Ada juga koleksi botol rokok..


Macam-macam ada..






Lesen television zaman dulu..Zaman la nie tak perlu lesen dah..






Kotak rokok pon hadooo..


Dapur nie memang legend oit.. Masak guna minyak tanah..Sekali menyala habis berjelaga..



Senang cakap, pakat-pakat la singgah kat The Chef's Table cafe nie..berbaloi baq hang..hehe



Monday, May 2, 2016

Internship Almost Done! Yeaahhhh

Assalamualaikum uosllll....

Wahhhhhhh, dah lama Sya tak typing2 kat blog..Fuhhh..
Bukannya tak nak meluahkan perasaan kat blog nie tapi Sya mengalami kekangan masa nak merangka story kat blog yang serba kekurangan nie..Sampaikan nak update background, menu tab segala mak nenek pon tak sempat..hahaha

Sya skrg nie tengah praktikal atau bahasa omputihnya internship kat central kitchen kat Ara Damansara. Fast gourmet nie salah satu yang baru naik dan terkenal kat Selangor nie..Masa Sya mula2 masuk baru ada 6 outlets, skrg nie dah 10 outlets..

Internship Sya dah tak lama, tinggal lg lebih kurang 19 hari ja lagi..Fuhhhhh..Tak sabar nak kelik Perlis weiiii..Dah hampir 4 bulan tak balik Perlis..Dengar khabar angin, dah banyak cafe dan kedai makan kat Perlis..hehe


Nie la kitorang..saing2 junior diploma culinary dr uitm pulau pinang dan senior degree culinary dr uitm palam..Dyorang dah abih praktikal lama dah..hehehe



Monday, February 22, 2016

Food Review: Fend Ikan Bakar

Salam semua.. Food review Sya kali nie kat Restoran Fend Ikan Bakar.. Restoran nie terletak di No, 24, Jalan SS5B/2, Petaling Jaya. Restoran nie terletak betul-betul bersebelahan dengan BSN.. Sya pergi pon dah jam 3pm lebih tapi orang memang ramai..Sya pergi dengan 4 orang lagi kawan yang sememangnya mengidamkan ikan bakar kat Fend nie..


Saat melangkah masuk, Sya dah terbau-bau aroma ikan bakar yang tengah bakar tu.. Fuhhhh, sedap baq hang.. Masa Sya tengah beratur nak ambil nasi dan ikan bakar, Sya terbaca kat dinding tu tertulis harga ikan bakar kat Fend dah tak ikut harga set tapi mengikut harga pasaran ikan..
Tapi bagi Sya, Sya faham yang harga ikan sekarang dah mahal.. Dan rata-ratanya pelanggan yang makan kat sini cakap harga mahal.. 


Menyelerakan betul tau masa tengok ikan bakar nie.. Rasa macam nak ambil semua jenis ikan.. Tapi mana boleh kan, kang terbabas bajet Sya..haha.. So, Sya pilih nasi dengan ikan cencaru bakar, kawan Sya pilih set ikan keli bakar dan kami kongsi kerang 1 mangkuk.. Haaaa, ramai tak orang tengah tunggu..hehe


Yeaahhh, so inilah kerang bakarnya.. Serius Sya cakap memang sedap dan berbaloi.. Tak mahal dan berbaloi dengan harganya iaitu RM12 sahaja.. Kerang 1 mangkuk kongsi 4 orang.. Yang penting bumbu masak kerang nie memang win.. Macam nak tanya ja resepi kat tauke si Fend nie.. Tapi malu pulak..hahaha


Jeng jeng jengggg.. Here come, my ikan cencaru bakar.. Sya suka sangat.. Dengan harga RM 12 dengan air teh o ais memang sangat berbaloi.. Nasi dah habis tapi ikan tak habis lagi.. Ikannya yang besar, sambalnya yang mables, air asam superb dan isi pon tebal, sedap dan secukup rasa.. Sya nie jenis yang biar makanan harga mahal tapi sedap dan berbaloi-baloi yang membuatkan Sya rasa nak pergi makan untuk yang sekian kalinya..


Well, ini lah dia ikan keli bakarnya.. Nampak tak betapa disirami air asam tuuu.. Nikmat betul kawan Sya makan ikan keli nie.. Isinya yang lembut, tak kering, besar dan berjus gitu..hehe.. Murah juga nasi, ikan keli bakr dengan teh o ais nie..


Tengok la nie Restoran Fend Ikan Bakar pon pernah masuk JJCM TV3, Zon Ceria Suria dan kebanyakannya blog review.. Ada juga blog yang suggest untuk minum air sirap bandung.. Katanya sedap tapi Sya tak ambil pon sebab kurang gemar minum air bersusu dengan nasi apatah lagi dengan ikan bakar.. Sebab Sya takut muak dan potong stim Sya nak makan nanti.. Tapi, tak mengapa sebab Sya dan kawan-kawan Sya akan datang makan kat sini lagi..

Restoran Fend Ikan Bakar nie buka bermula pada jam 12 tghari sampai 12 tgh malam.. So, lepas nie Sya nak pergi waktu malam lepas habis kerja.. Nak tengok suasana malam pula kt Fend nie nanti.. Yessss.. Sya bagi 5 bintang untuk Restoran Fend Ikan Bakar nie..

Fendi VS Destinasi TV

 Assalamualaikum wbt kpd semua. Alhamdulillah hari nie 19 Julai 2023 bersamaan dgn 1 Muharram 1445H bermulalah permulaan baru tahun Hijrah. ...