Monday, February 22, 2016

Food Review: Fend Ikan Bakar

Salam semua.. Food review Sya kali nie kat Restoran Fend Ikan Bakar.. Restoran nie terletak di No, 24, Jalan SS5B/2, Petaling Jaya. Restoran nie terletak betul-betul bersebelahan dengan BSN.. Sya pergi pon dah jam 3pm lebih tapi orang memang ramai..Sya pergi dengan 4 orang lagi kawan yang sememangnya mengidamkan ikan bakar kat Fend nie..


Saat melangkah masuk, Sya dah terbau-bau aroma ikan bakar yang tengah bakar tu.. Fuhhhh, sedap baq hang.. Masa Sya tengah beratur nak ambil nasi dan ikan bakar, Sya terbaca kat dinding tu tertulis harga ikan bakar kat Fend dah tak ikut harga set tapi mengikut harga pasaran ikan..
Tapi bagi Sya, Sya faham yang harga ikan sekarang dah mahal.. Dan rata-ratanya pelanggan yang makan kat sini cakap harga mahal.. 


Menyelerakan betul tau masa tengok ikan bakar nie.. Rasa macam nak ambil semua jenis ikan.. Tapi mana boleh kan, kang terbabas bajet Sya..haha.. So, Sya pilih nasi dengan ikan cencaru bakar, kawan Sya pilih set ikan keli bakar dan kami kongsi kerang 1 mangkuk.. Haaaa, ramai tak orang tengah tunggu..hehe


Yeaahhh, so inilah kerang bakarnya.. Serius Sya cakap memang sedap dan berbaloi.. Tak mahal dan berbaloi dengan harganya iaitu RM12 sahaja.. Kerang 1 mangkuk kongsi 4 orang.. Yang penting bumbu masak kerang nie memang win.. Macam nak tanya ja resepi kat tauke si Fend nie.. Tapi malu pulak..hahaha


Jeng jeng jengggg.. Here come, my ikan cencaru bakar.. Sya suka sangat.. Dengan harga RM 12 dengan air teh o ais memang sangat berbaloi.. Nasi dah habis tapi ikan tak habis lagi.. Ikannya yang besar, sambalnya yang mables, air asam superb dan isi pon tebal, sedap dan secukup rasa.. Sya nie jenis yang biar makanan harga mahal tapi sedap dan berbaloi-baloi yang membuatkan Sya rasa nak pergi makan untuk yang sekian kalinya..


Well, ini lah dia ikan keli bakarnya.. Nampak tak betapa disirami air asam tuuu.. Nikmat betul kawan Sya makan ikan keli nie.. Isinya yang lembut, tak kering, besar dan berjus gitu..hehe.. Murah juga nasi, ikan keli bakr dengan teh o ais nie..


Tengok la nie Restoran Fend Ikan Bakar pon pernah masuk JJCM TV3, Zon Ceria Suria dan kebanyakannya blog review.. Ada juga blog yang suggest untuk minum air sirap bandung.. Katanya sedap tapi Sya tak ambil pon sebab kurang gemar minum air bersusu dengan nasi apatah lagi dengan ikan bakar.. Sebab Sya takut muak dan potong stim Sya nak makan nanti.. Tapi, tak mengapa sebab Sya dan kawan-kawan Sya akan datang makan kat sini lagi..

Restoran Fend Ikan Bakar nie buka bermula pada jam 12 tghari sampai 12 tgh malam.. So, lepas nie Sya nak pergi waktu malam lepas habis kerja.. Nak tengok suasana malam pula kt Fend nie nanti.. Yessss.. Sya bagi 5 bintang untuk Restoran Fend Ikan Bakar nie..

No comments:

Post a Comment

Fendi VS Destinasi TV

 Assalamualaikum wbt kpd semua. Alhamdulillah hari nie 19 Julai 2023 bersamaan dgn 1 Muharram 1445H bermulalah permulaan baru tahun Hijrah. ...