Monday, February 22, 2016

Food Review: Fend Ikan Bakar

Salam semua.. Food review Sya kali nie kat Restoran Fend Ikan Bakar.. Restoran nie terletak di No, 24, Jalan SS5B/2, Petaling Jaya. Restoran nie terletak betul-betul bersebelahan dengan BSN.. Sya pergi pon dah jam 3pm lebih tapi orang memang ramai..Sya pergi dengan 4 orang lagi kawan yang sememangnya mengidamkan ikan bakar kat Fend nie..


Saat melangkah masuk, Sya dah terbau-bau aroma ikan bakar yang tengah bakar tu.. Fuhhhh, sedap baq hang.. Masa Sya tengah beratur nak ambil nasi dan ikan bakar, Sya terbaca kat dinding tu tertulis harga ikan bakar kat Fend dah tak ikut harga set tapi mengikut harga pasaran ikan..
Tapi bagi Sya, Sya faham yang harga ikan sekarang dah mahal.. Dan rata-ratanya pelanggan yang makan kat sini cakap harga mahal.. 


Menyelerakan betul tau masa tengok ikan bakar nie.. Rasa macam nak ambil semua jenis ikan.. Tapi mana boleh kan, kang terbabas bajet Sya..haha.. So, Sya pilih nasi dengan ikan cencaru bakar, kawan Sya pilih set ikan keli bakar dan kami kongsi kerang 1 mangkuk.. Haaaa, ramai tak orang tengah tunggu..hehe


Yeaahhh, so inilah kerang bakarnya.. Serius Sya cakap memang sedap dan berbaloi.. Tak mahal dan berbaloi dengan harganya iaitu RM12 sahaja.. Kerang 1 mangkuk kongsi 4 orang.. Yang penting bumbu masak kerang nie memang win.. Macam nak tanya ja resepi kat tauke si Fend nie.. Tapi malu pulak..hahaha


Jeng jeng jengggg.. Here come, my ikan cencaru bakar.. Sya suka sangat.. Dengan harga RM 12 dengan air teh o ais memang sangat berbaloi.. Nasi dah habis tapi ikan tak habis lagi.. Ikannya yang besar, sambalnya yang mables, air asam superb dan isi pon tebal, sedap dan secukup rasa.. Sya nie jenis yang biar makanan harga mahal tapi sedap dan berbaloi-baloi yang membuatkan Sya rasa nak pergi makan untuk yang sekian kalinya..


Well, ini lah dia ikan keli bakarnya.. Nampak tak betapa disirami air asam tuuu.. Nikmat betul kawan Sya makan ikan keli nie.. Isinya yang lembut, tak kering, besar dan berjus gitu..hehe.. Murah juga nasi, ikan keli bakr dengan teh o ais nie..


Tengok la nie Restoran Fend Ikan Bakar pon pernah masuk JJCM TV3, Zon Ceria Suria dan kebanyakannya blog review.. Ada juga blog yang suggest untuk minum air sirap bandung.. Katanya sedap tapi Sya tak ambil pon sebab kurang gemar minum air bersusu dengan nasi apatah lagi dengan ikan bakar.. Sebab Sya takut muak dan potong stim Sya nak makan nanti.. Tapi, tak mengapa sebab Sya dan kawan-kawan Sya akan datang makan kat sini lagi..

Restoran Fend Ikan Bakar nie buka bermula pada jam 12 tghari sampai 12 tgh malam.. So, lepas nie Sya nak pergi waktu malam lepas habis kerja.. Nak tengok suasana malam pula kt Fend nie nanti.. Yessss.. Sya bagi 5 bintang untuk Restoran Fend Ikan Bakar nie..

Sunday, February 7, 2016

Food Review: Paranoid Kitchen

Salam semua.. entry kali nie Sya nak kongsikan pasal food review semasa Sya bersama team kitchen Zawara makan di Paranoid Kitchen.. cafe paranoid Kitchen nie terletak di SS15/4C, Subang Jaya..Kalau korang nak tahu entrance Paranoid kitchen nie boleh nampak dari jauh.. Sya pergi malam, so memang terang-terang nampak perkataan Paranoid tu..




Kami ke Paranoid Kitchen sebab nak sambut birthday kawan Sya yang juga merupakan ass chef..haha.. Dia tak tahu pun nak sambut birthday kat sini, yang dia tahu plan nak makan reramai ja.. Sya suggest untuk korang boleh la singgah ke Paranoid Kitchen sebab harga memang murah dan harga mampu beli..


Sesampainya kami di sini, kami diberi menu.. Dari segi menu dah ok tapi agak tak kemas la sebab ada koyak kat lubang menu tu.. Tapi tak pa la sebab dah terang-terang tertulis kat situ temporary menu kan..haha.. Tapi overall menu ok nampak vintage..Sya tak ambil pula gambar ambiance kat dalam Paranoid Kitchen nie.. 


Kawan Sya order Spaghetti & Meatball.. Pinggan spaghetti memang besar betul lah..hahaha..Sya boleh kata memang sedap spaghetti nie.. Sangat berbaloi kalau korang makan.. Untuk Spaghetti & Meatball nie Sya bagi 5 bintang.. Sya tak ingat pula harga set nie..


Ini Paranoid Chicken Stack untuk Sya.. First sekali impression Sya bila makan yang nie memang superb.. Ayam nie sangat crispy dan flavor memang secukup rasa..perghhhh..memang tak rugi dan bahagia mulut Sya bila makan..Satu jenis sos dan dua side dish boleh pilih dan Sya pilih black pepper sauce, fries dan saute vege..ada 8 pilihan sos dan 5 jenis side kalau Sya tak silap.. Yang side tu boleh pilih antara fries, coleslaw, mashed potato, saute vege dan mozarella ball.. Sya suggest untuk Chicken Stack dan Sya bagi 5 bintang..Set nie murah ja, cuma berharga RM16.90..hehehe


Yang ini pula Paranoid Sampler.. Yang ini kawan Sya order.. Untuk Paranoid Sampler, Sya kurang suggestkan untuk korang.. Sebabnya set nie dia bagi 8 jenis sos, dan ada 2 atau 3 jenis sos yang manis yang kurang sesuai.. Set nie ada onion ring dan chicken meat macam chicken pop corn tu..Yang onion dan chicken meat nie ok.. Pastu ada mozarella ball yang awesome dan sedap.. Dan ada celery stick.. Sya suka makan celery stick tapi bila ada serat-serat celery tu memang potong la..hahaha..Sya bagi 4 bintang ja untuk Paranoid Sampler.. Set nie berharga RM17 kalau tak silap..



Sya sangat suggestkan Paranoid Kitchen sebab makanan sedap, harga berbaloi, suasana santai dan yang penting air ais kosong free jaaaa.. Sesuai untuk lepak-lepak.. Kalau korang nak tahu Paranoid Kitchen juga dah famous sebab dah beberapa kali masuk surat khabar seperti Kosmo dan Utusan.. Tak ketinggalan juga Paranoid Kitchen dah masuk dalam rancangan tv iaitu Jalan-Jalan Cari Makan..


Hahaha.. Ramai tak kitorang kat cafe Paranoid Kitchen.. Ini kitorang togeda-geda ambik pic reramai sebelum balik.. Kenyang perut suka hati dan 5 bintang untuk cafe Paranoid Kitchen.. Korang boleh klik kat FB Paranoid Kitchen dan IG Paranoid Kitchen.. Yummy foods at affordable price.. Rugi kalau tak cuba..Ini serius tau!..hahaha







Fendi VS Destinasi TV

 Assalamualaikum wbt kpd semua. Alhamdulillah hari nie 19 Julai 2023 bersamaan dgn 1 Muharram 1445H bermulalah permulaan baru tahun Hijrah. ...