Wednesday, July 19, 2023

Fendi VS Destinasi TV

 Assalamualaikum wbt kpd semua.

Alhamdulillah hari nie 19 Julai 2023 bersamaan dgn 1 Muharram 1445H bermulalah permulaan baru tahun Hijrah. Apa azam tahun baru korang? Azam Sya supaya Sya dpt menjaga solat 5 waktu dan semoga sentiasa beristiqamah dlm apa jua keadaan. 

Okay lah, berbalik kpd tajuk kita, dlm beberapa hari nie kita digemparkan dgn berita dimana  pengacara pujaan hati ramai Destinasi TV iaitu saudara Fendi dikhabarkan bukan lagi host utk Destinasi TV. 

                 Sumber: Kisah Dunia
                                  Destinasi TV


Sya juga adalah peminat Fendi tika dia mengacara utk Destinasi TV. Sambil2 Sya buat kerja kat dapur tu kan, Sya buka youtube tgk Destinasi TV. Suka gila tgk  personaliti dia sbb dia pandai bermain dgn suasana, spontan berbual dgn guest, santai, tak kekok dan juga tidaklah terlalu over. Dia juga mengacara dgn ilmu and dan fakta bukan omong kosong dan auta. Boleh dikatakan Fendi nie adalah seorang yg serba boleh bukan setakat melawak saja.

Agak rugi jugak la bila Destinasi TV melepaskan Fendi sbb bakat dia yg unik, semulajadi dan bukan senang nak jumpa. Nak dpt bakat mcm Fendi mmg susah sbb lain orang lain caranya. 



Rata2 yg menonton Destinasi TV nie sbb Fendi jd host. Ramai betul peminat Fendi sampaikan sejak Fendi tak jd host, rating viewers kat youtube Destinasi TV menurun dgn sgt mendadak. Tapi kita jgk tetap kena beringat yg mana masa nie kian berlalu. Org utara kata bukan yg tu yg tu ja. Setiap sesuatu perlukan berubahan.  Mcm kes nie la. Kita kena terima perubahan dan cuba cari keserasian dgn host baru. Lain org lain caranya dan setiap host tu mesti ada 'something' yg kita sendiri tak tahu. 

Sya tgk jgk host episode baru Destinasi TV kat youtube iaitu Chef Alwi dan Richard. Masih awal utk diperkatakan tp Sya kasi 2nd chances la kat depa kan. Masing2 dgn cara tersendiri. Bg Sya Ok la, not bad at all. Chef Alwi dan Richard boleh la tambah2 perasa sikit lg baru ngam ngam sui mehhhh.... Hehehe

Apa apa pon Sya tetap support Fendi, Chef Alwi, Richard dan Destinasi TV...

                  Sumber: Destinasi TV


Saturday, August 21, 2021

Tahniah Perdana Menteri Malaysia ke-9

 Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai PM baru yang ke 9. 

Semoga kebijaksanaan beliau dalam mentadbir kerajaan adalah telus, adil dan saksama dan boleh mendamaikan pergolakan yang terjadi dalam parti-parti politik di Malaysia. 

Dalam sejarah, TPM paling singkat dan rezeki beliau menjadi PM ke-9. Siapa sangka kannnn.

Tahniah juga kepada Malaysia dan rakyat Malaysia.

Kepada abah Muhyidin, jangan sedih-sedih ok. 

Apa akan terjadi PRU akan datang. Hurmmm

                                             (sumber: @MKNJPM)




Wednesday, December 25, 2019

Resepi Apom Beras

Assalamualaikum hampa semua.

Sya harap semuanya sihat2 belaka hendaknya yaaaa. Perghhh dah lama tak update blog. Yg pertama sibuk, kedua sibuk, ketiga sibuk dan akhirnya malas. Haha. Penyakit malas nie susah nak dapat ubat. Heran sungguh la.

Alang2 nak masuk tahun 2020 nie la kan, sebelum nak habis tahun, Sya nak share 1 resepi kuih yg Sya selalu buat untuk jualan.  Stress tau buat kuih nie walaupun senang yakmat yakmat sebabnya kuih nie susah nak senyum kalau tak kena cara. Susah weiii nak buat. Bukannya senang. Kalau kuih nie senyum maka automatiknya kita akan senyum sekali, tetapi jika sebaliknya maka kita akan muram durjana sekali. Hehe

Resepi kuih yg Sya nak share kan ialah Apom Beras yg menggunakan tapai nasi. Ada sesetengah resepi menggunakan nasi sejuk. Pon boleh jgk tetapi apom akan menjadi sedikit berat berbeza jika kita menggunakan tapai nasi dimana apomnya akan menjadi ringan dan lembut.

Sya menggunakan sukatan cawan jadi harap maklum guna cawan yg sama untuk menyukat setiap bahan. Jangan dok gatai2 guna cawan lain2 pulak. Hehe. Untuk tpg beras pulak, Sya gunakan tpg beras siam cap gajah ekor 3.

Buat apom kena banyak bersabar dan banyak 'try and error'. Adakala apom menjadi, ada kala apom tak menjadi. Selamat mencuba ya semuanya... 😆😆😆


Apom Beras Tapai Nasi

Bahan-bahan:
1 cawan tapai nasi
3/4 cawan gula
1 1/2 cawan air
3 cawan tepung beras
1 1/2 sudu kecil eno

Cara-cara:
Satukan tapai nasi, gula dan air didalam blender dan kisar halus selama 2 hingga 3 minit.
Kemudian masukkan tepung beras sedikit demi sedikit dan kisar lagi sehingga tiada ketulan2 tepung td.
Perapakan selama 4 jam.
Selepas 4 jam, panaskan air dalam pengukus. Pastikan air betul2 panas dan mendidih.
Sambil2 tu boleh la kacau tepung td dan masukkan eno. Setelah masukkan eno, cpt2 kacau adunan sehingga sebati.
Bahagikan adunan kepada 3 bekas dan boleh la letak pewarna hijau, merah dan warna asli tpg tu. Hati2 masa tuangkan perwarna takut terlebih pulak nnt.
Setelah selesai bahagikan adunan, bolehlah dituang ke dalam acuan lompang.
Kukus selama 30 minit dgn api kuat.

*Sya kukus apom tanpa balut tudung pengukus dengan kain.
*Semasa susun acuan lompang, pastikan ada jarak sedikit antara dinding pengukus dgn acuan.
*Sya tak oleskan acuan lompang dgn minyak. Kejadiannya apom tetap keluar dgn elok dr acuannya.


Fendi VS Destinasi TV

 Assalamualaikum wbt kpd semua. Alhamdulillah hari nie 19 Julai 2023 bersamaan dgn 1 Muharram 1445H bermulalah permulaan baru tahun Hijrah. ...